First time terpandang buku ni dekat popular,terus terpikat.So sementara duit tengah ada DA pun beli je lah tanpa fikir panjang.Masa tu yang tau nak beli je walaupun tak rasa macam rajin nak baca.Hehehehe..Sejak bila pula DA rajin membaca?? Rasanya tak pernah.
Esoknya,DA pun buka lah plastik yang membalut buku ni.Yelah nak bacakan.Kalau tak,macam mana nak baca.Masa tu barulah rajin nak tilik tanda harganya.Dalam hati pun berkata-kata "mak ai..mahal beno"..'Buku nya nipis harganya dkt rm19.Boleh beli dua buah naskhah novel".Tapi disebabkan da beli,apa boleh buat.Then,DA pun baca.Sungguh sampai sekarang memang tak habis baca lagi buku ni,tapi apa yang DA dapat dari buku ni memang berguna.walaupun harganya mahal sedikit.Disini,baru DA faham.Tidak mudah bagi seseorang itu untuk berjihad terutamanya dalam kalangan remaja.Nak-nak pula remaja zaman moden sekarang.Tapi buku ni cuba mendekati jiwa pembaca remaja moden sekarang.
Bila DA fikir-fikir balik selepas membaca beberapa helai muka surat buku ni,sesungguhnya untuk mengubah seseorang itu tidak mudah seperti yang dibayangkan.Malah ada ayat al-quran yang bermaksud "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendiri merubah nasibnya".Jadi conclusion nya,kita kena lah berusaha untuk merubah diri sendiri.Bermula dengan diri sendirilah baru segalanya akan bermula.
Kepada sesiapa yang belum ada buku ni,baik dapatkan segera di kedai-kedai buku berdekatan anda.Kerana buku ni antara buku terlaris di pasaran.Buku ni sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan umur.Terutamanya untuk remaja kerana buku ini memang di khusus kan kepada rakan-rakan pembaca remaja.Dan tak salah kalau DA katakan sangat matched dengan selera pembaca remaja.Hehehehe..Sebab DA pun remaja & bagi DA sesuai sangat dengan selera DA walaupun tak habis baca lagi.ye lah,kalau da tak rajin tu tetap tak rajin juga.Sesuai sangatlah tu ayat quran tu dengan DA.Huhuhuhu...Semoga menjadi iktibar kepada DA & pembaca-pembaca yang lain.Insyaallah.
No comments:
Post a Comment