WELCOME TO MY BLOG!!!!!!

Sunday, 12 June 2011

APA ITU E-COLI????????? EMMMM....

Salam, mungkin sekali baca tajuk entri ini seperti berbau penjualan coli secara online (e-coli). Haha, namun itu silap sama sekali. So, apakah sebenarnya E.Coli ni? Sememangnya ia tiada kaitan sama sekali terhadap coli bahkan ia merupakan bakteria atau virus yang semakin menular di Jerman dan merebak ke Eropah dan tak mustahil juga akan ke Asia.

Fakta Penting Mengenai Bakteria E.Coli:
  • Nama penuh Bakteria E.Coli ialah Escherichia coli.
  • Cara sebutan E.Coli ialah e-ko-lai (sebutan dalam Bahasa Melayu).
  • E.Coli adalah bakteria yang boleh masuk ke makanan, seperti daging lembu dan sayur-sayuran.
  • Bakteria E.Coli boleh hidup didalam usus dan akan menyebabkan jangkitan yang sangat serius dan juga boleh menyebabkan severe cramps dan diarrhea hingga boleh membawa maut.
Punca Bakteria E.Coli berjangkit:
  • Minum susu tidak dipasteurisasi (susu mentah tanpa proses).
  • Makan daging lembu matang (di dalam adalah merah muda).
  • Minuman tercemar (air minuman tercemar).
  • Makan makanan mentah (daging) atau tercemar.
  • Bekerja dengan ternakan seperti lembu atau kambing.
  • Memakan buah tomato mentah, timun dan salad yang diimport dari Jerman.
Tanda-tanda Dijangkiti Bakteria E.Coli:
  • Rasa mual-mual dan muntah-muntah.
  • Demam.
  • Dada menjadi sakit.
  • Abdominal cramps yang teruk yang terjadi secara tiba-tiba.
  • Lelah.
  • Najis berdarah kerana berlaku luka diusus.

No comments:

Post a Comment